Sunday, July 23, 2017

Water Purifier

Water purifier atau orang sebut penapis air je untuk mudah faham. Sekarang ni bukan lagi simbol kekayaan. Tapi satu keperluan. Air yang bersih dan mematuhi standard serta memiliki mineral yang cukup untuk badan sangat penting bagi memastikan ahli keluarga kita mendapat sumber air yang terbaik.
Jadinya....
Nak share sikit pasal Water Purifier Cuckoo boleh tak?
Secara umumnya, Cuckoo ni ada 2 jenis Plan tau.


1. Normal Plan (semua model kecuali King Top)

2. Good Plan (model King Top saja) 

Saya explain Normal Plan dulu ya.

1. Normal Plan

Kontrak sewa beli minimum 3 tahun. 
Lepas 3 tahun boleh pilih mahu teruskan sewa atau pulangkan. 
Lepas 5 tahun terus jadi hak milik.  
Selepas 3 tahun juga harga turun 10% (kecuali Marvel). 
Contohnya: Model Fusion Top 
Tahun 1-3 ➪harga RM 103.88/month 
Tahun 4-5  ➪ harga turun kepada RM84.80/month
Kat sini, penguna Cuckoo dapat penjimatan lebih kurang 20%!! Untung tau.
Bayaran bulanan ni juga dah termasuk kos tukar filter, pendaftaran, waranti dan servis.
Dengan RM103.88 sebulan, pengguna Cuckoo akan dapat PERCUMA warranty, service, spare parts, dan penukaran filter setiap kali servis. Servis setiap 4 bulan, selama 5 tahun.

Okey. Bawak Normal Plan ni ada pelbagai jenis penapis air, saya share sikit model-model yang terbaik dan hot dalam pasaran sekarang untuk anda buat perbandingan.

Firstly saya perkenalkan model Marvel, model Cuckoo paling baru di pasaran.
Sleek and slim. Ada air suhu biasa saja. Air supply unlimited dari paip. Boleh beli tunai dengan easy plan payment 0% interest credit card dengan harga RM 2500 bagi yang tak suka berhutang dan percuma servis dan waranti selama 2 tahun plus percuma juga periuk bernilai RM1000 (sementara stok ada ye). Untuk sewa beli, cuma RM75 sebulan.


Secondly, model Fusion Top. Model Cuckoo paling laris dan ramai orang suka. Model yang ada air panas dan sejuk paling murah. Kalau nak air biasa hanya perlu off individual switch panas atau sejuk yg jarang pakai. Harga sewabeli tahun 1-3 RM103.88/bulan, tahun 4-5 diskaun 10% jadi RM84.80/bulan. Boleh beli tunai juga dengan easy plan payment 0% interest credit card dengan harga RM 3392 dan percuma servis dan waranti selama 2 tahun plus percuma juga periuk bernilai RM1000 (sementara stok ada ye).


Kemudian. Model Icon. Penapis air paling cantik dan canggih. Memang dabbommm.
Akan buat dapur yang simple pun jadi sophisticated. Model paling perfect. Ada air panas, sejuk dan suam. Suhu boleh laras sehingga 13 level. Ada voice guided 3 bahasa (BM, BI & Mandarin). Ada fungsi faucet sterilization untuk bersihkan faucet in case cicak/lipas lalu kat faucet. Harga tahun 1-3 RM120, tahun 4-5 RM100.
Juga boleh beli tunai dengan easy plan payment 0% interest credit card dengan harga RM 4452 dan percuma servis dan waranti selama 2 tahun plus percuma juga periuk bernilai RM1000 (sementara stok ada ye).


Ini pula Model Fusion Stand. Fungsi sama seperti Fusion Top cuma ini sesuai untuk rumah yang dah tak ada ruang atas table top. Boleh letak je kat lantai. Sesuai untuk keluarga besar berkapasiti 10-15 orang. Harga tahun 1-3 RM121.90 sebulan, tahun 4-5 jadi RM100 sebulan.
Juga boleh beli tunai dengan easy plan payment 0% interest credit card dengan harga RM 4028 dan percuma servis dan waranti selama 2 tahun plus percuma juga periuk bernilai RM1000 (sementara stok ada ye).


Yang bawah ni pula Model Deluxe. Sesuai dipasang di pejabat sebab boleh accommodate up to 50 orang sekaligus. Ada air panas dan sejuk saja. Auto-refill sangat pantas tak macam penapis air pejabat jenama lain.
Boleh juga beli tunai dengan easy plan payment 0% interest credit card dengan harga RM 4500 dan percuma servis dan waranti selama 2 tahun plus percuma juga periuk bernilai RM1000 (sementara stok ada ye).


Dan yang sangat owsome ni Model Jazz. Fungsi macam Icon tapi Jazz tankless.
Jazz memang best sebab satu satunya model tankless yg ada air panas & sejuk di Malaysia.
Mahal, tapi cantik dan canggih. Juga jimat ruang. Harga sewabeli RM160 sebulan.
Boleh beli tunai dengan easy plan payment 0% interest credit card dengan harga RM 4999 dan percuma servis dan waranti selama 2 tahun plus percuma juga periuk bernilai RM1000 (sementara stok ada ye).





Okay sekarang saya akan explain Good Plan pula

 Goooood Plan

Sekarang Cuckoo buat Goood Plan untuk model King Top, yang mana customer ada 8 pilihan pembayaran/tempoh kontrak, dari kontrak singkat 18 bulan dengan harga RM130/bulan terus jadi hak milik, dan paling murah rm60/bulan untuk kontrak selama 7 tahun.

7 tahun macam lama sgt kan? Tapi 7 tahun tu la Cuckoo bagi percuma servis, warranty, spare parts dan maintenance bernilai rm450 setahun termasuk tukar filter tau.



Ini adalah 8 option bayaran dan tempoh kontrak yang boleh dipilih. Hanya untuk model King Top saja. 

DAN..... 

31 JULAI 2017 ni promosi untuk RM60 dan RM70 akan tamat ye..... Mulai 1 Ogos 2017, harga termurah untuk Good Plan adalah RM80 dengan tempoh sewa beli 5 tahun.


Model King Top




Ok semua dah jelas dengan model-model penapis air Cuckoo kan. Jangan risau, setiap sen anda keluarkan semuanya bernilai demi keluarga yang tersayang. Akhir kata....



Monday, July 3, 2017

Mengimbau kenangan






Pejam celik pejam celik, dah tahun 2017. Anak pun dah sekolah tadika dah. 6 Tahun dah berlalu rupanya. Hahaha, edisi ketinggalan ni, sepatutntya entry ni buat 5-11 Jun 2017.

Tapi tak jumpa idea masa tu.hohohoh.

Dulu, semua pic ni simpan elok-elok dalam blog ni. Tapi, sebabkan kesengalan diri sendiri (pernah cerita di sini) habis semua kenangan tu.. 

Hari ni, dok belek-belek blog lama, rupanya ada gambar lagi. So haruslah kita simpan dalam blog ni semula.... Jangan ada yang muntah ijo yeeee

















Kecik je, tak mau besar-besar.... malu , hihihii



Monday, June 5, 2017

Suatu Permulaan




Selepas sekian lama tinggalkan dunia blogging, hari ni memulakan semula langkah pertama ber'blog'.

First time buat blog dulu semuanya berkaitan dan dengan persiapan kahwin. Adalah juga post pasal benda lain. (Gila bosan nak tulis pasal hal persiapan kawen je memanjang..) Sampai malu rasanya nak baca balik. So, I decided to delete all my post. But then, rasa menyesal gila. Serius. Lagi-lagi bila adik nak kahwin hujung tahun ni n my parents with all my sisters asyik lah tanya macam-macam pasal persiapan wedding dulu. 

Lagi satu, sebabkan masa tu I dah tukar tempat kerja, so, rasa macam tak ready untuk orang kenal siapa I melalui blog.. Like ......duishhhhh

Kisahnya, bila I pergi site and someone yang I deal waktu tu bercakap something pasal nama blog I. And I like...huhuhuhu malu je orang baca tulisan kite.. Dah lah post ntah apa-apa.. 

Dan lepas tu, sama seperti point pertama, I pun delete lah semua post, sampai tahap I decide untuk lupuskan blog ni dari dijengah oleh sesiapa... Hahaha psyco kan.. Tapi lepas tu menyesal pula. Sebab dalam ni lah aku simpan gambar-gambar wedding and my son masa dia baby. 
Mula-mula tu, tak ada lah kisah sangat, sebab handphone kan ada. Bila hp mula buat hal dan semua gambar lama dalam tu dah tak dapat diselamatkan, datanglah perasaan menyesal tu.

So, kali ni I berazam (walaupun lambat lagi nak masuk tahun 2018) untuk gunakan blog ni untuk catat segala macam hal mak nenek supaya senang nak rujuk bila perlu nanti..


Untuk first entry ni, bagi lah pengecualian sikit kat orang yang baru nak merangkak ber'blog' ni ya.. Bercampur baur bahasa I.. Huhuhu.. Next time, I tulis betul-betul ya.. So, dengan lafaz  ...
Hari ini 5 Jun 2017 mula lah perjalanan aku sebagai blogger (semperna ulang tahun perkahwinan aku dengan Mr. Hubby ke 6 semalam )

Salam Ramadhan Karreem untuk semua